Friday, 14 June 2013

KASTEK NEGERI SEMBILAN 2012


SK Undang Rembau telah menyertai acara Saintis Muda dan Bercerita B. Inggeris Tahap 1 dan 2 dalam Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan pada bulan Jun 2012 di SMV Kuala Klawang. 
Kastek bertujuan memberi ruang dan medan kepada pelajar-pelajar untuk bersaing secara sihat menerusi pertandingan dan mengenal pasti bakat-bakat pelajar untuk diketengahkan ke Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi peringkat kebangsaan.
 Objektif Kastek ialah:
  1. Mendedahkan pelajar kepada dunia sains dan teknologi.
  2. Membudayakan aktiviti dalam bidang sains dan teknologi yang berorientasikan kajian dan eksperimen.
  3. Menyemai dan meningkatkan potensi, keterampilanserta daya usaha pelajar dalam bidang sains dan teknologi.
  4. Menyediakan ruang dan medan kepada pelajar-pelajar untuk bersaing secara sihat menerusi pertandingan.
 Keputusan Pertandingan:
1.  Saintis Muda - Naib Johan  - Nur Athirah Yahya dan Norsabrina Batrisya
2.  Story Telling - Sijil Penyertaan - Qistina dan Mohd Nur Irfan

Majlis Konvokesyen PGSR Ambilan November 2008

Tarikh : 5 Jun 2013
Tempat : PICC, Presint 5, Putrajaya.