SK Undang Rembau telah menyertai acara Saintis Muda dan Bercerita B. Inggeris Tahap 1 dan 2 dalam Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan pada bulan Jun 2012 di SMV Kuala Klawang.
Kastek bertujuan memberi ruang dan medan kepada pelajar-pelajar untuk bersaing secara sihat menerusi pertandingan dan mengenal pasti bakat-bakat pelajar untuk diketengahkan ke Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi peringkat kebangsaan.
Objektif Kastek ialah:
- Mendedahkan pelajar kepada dunia
sains dan teknologi.
- Membudayakan aktiviti dalam bidang sains dan teknologi yang berorientasikan kajian dan eksperimen.
- Menyemai dan meningkatkan potensi, keterampilanserta daya usaha pelajar dalam bidang sains dan teknologi.
- Menyediakan ruang dan medan kepada pelajar-pelajar untuk bersaing secara sihat menerusi pertandingan.
1. Saintis Muda - Naib Johan - Nur Athirah Yahya dan Norsabrina Batrisya
2. Story Telling - Sijil Penyertaan - Qistina dan Mohd Nur Irfan
No comments:
Post a Comment